Selasa, 31 Desember 2013

Foto Unik Kegilaan kegilaan Di Dubai

0 komentar
13 Sep 2013
Kota Dubai, di  Emirat Arab Bersatu kebelakangan ini menjadi pusat pertumbuhan, peradaban baru dan moderniti di Timur Tengah dengan perkembangan yang pesat.
Berkunjung ke Dubai, kita akan merasa tidak sedang berada di Timur Tengah kerana keadaan disana sangat jauh dari kesan negara-negara Arab. Banyak pemandangan menakjubkan yang aneh, luar biasa dan membuat terpana.
Ini ane ambil contoh-contoh yang menurut ane paling gila, aneh dan unik yang tak ditemukan di negara lain:

Parking unta.

Cuma di Dubai Harimau jadi peliharaan dan bebas diajak jalan-jalan 

Supercar unik yang tidak terindentifikasi jenisnya ini mengebut pada tengah malam di Dubai.

 suatudunia

Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

Intan Ladyana Artis Kena Fahami Kontrak

0 komentar

Cerita ini masih lagi berkaitan mengenai kisah perkahwinan rahsia di antara pasangan pelakon muda, Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 21, yang dikatakan tidak menghebahkan perkara itu kerana takut dengan syarat kontrak syarikat pengurusannya.

Menurut seorang lagi artis di bawah syarikat pengurusan MIG, Intan Ladyana yang terbuka bercerita hubungannya dengan pelakon Kamal Adli, artis yang menandatangani kontrak itu perlulah memahami syarat-syarat yang terkandung terlebih dahulu.

“Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seorang yang sangat memahami,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Intan, 31, juga tidak menganggap kontrak yang melarang artis daripada bercinta sebagai sesuatu yang menyusahkan.

Sebaliknya, Intan menganggap kontrak tersebut wujud adalah untuk menjaga reputasi artis itu sendiri.

“Nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan,” ulasnya lagi.

Oleh: AUDREY LEE
Read more ►

Gambar Lisa Surihani Potongan Gaya Rambut Baru

0 komentar
Salam semua,

Gambar Lisa Surihani Potongan Gaya Rambut Baru

Memang berbeza sekali apabila Lisa Surihani dah buat potongan gaya rambut baru. Serius memang sangat comel dan berbeza dari Lisa Surihani yang sebelumnya.


[sumber]

Read more ►

Minggu, 29 Desember 2013

Aksi Lucu Orang Tertidur Dalam Keretapi

0 komentar
Aksi Lucu Orang Tertidur Dalam Train


Kalau dah kata penat tu, tak kiralah dekat mana pun pasti mata tu akan terlelap.
Malah kalau di tempat awam pun, bantai je lah janji mata tertutup.
Sampaikan, kadang-kadang kita tak sedar yang aksi tidur itu agak melucukan.
Iyalah dah kata penat kan? Dah tak peduli orang pandang macam mana pun.
Lawak sungguh. Tengok gambar lucu dibawah ini. Macam-macam ragam!
1
2
3
4
5
6
7
8
9

Oleh: KASIH ISA
Read more ►

Seorang Kanak Kanak Diselamatkan dari Ketinggian 12 Meter

0 komentar
 posted by indah.com on 16 Jun 2012
 
BEIJING - Seorang kanak[-kanak tergantung di sebuah bangunan. Pihak  penyelamat pun berusaha keras untuk menyelamatkannya agar tidak jatuh dari ketinggian 12 meter (m).

Kejadian dramatik tampak terlihat ketika pasukan penyelamat yang berasal dari petugas bomba Guangzhou, China berusaha meraih anak tersebut. Kanak-kanak itu dilaporkan tersepit pada bahagian kepalanya. Peristiwa itu terjadi di balkoni apartmennya ketika orangtuanya tidak berada di apartmen.


Kanak-kanak  kecil itu sebelumnya diketahui berkeliaran dari balkoni tingkat empat apartmen itu. Kemudian dia berusaha melihat keadaan sekitar dengan menengok ke sela-sela batas balkoni, demikian diberitakan Emirates247, Khamis (14/6/2012).


Setelah melihat kondisi apartmennya, dia secara tidak sengaja terjebak di antara sekat pembatas balkoni. Hingga akhirnya, kepalanya pun tersepit, sementara tubuhnya tergantung di atas ketinggian 12 meter.


Anggota bomba pun berusaha menyelamatkan kanak-kanak malang itu, setelah mendapatkan laporan dari warga yang melihat kejadian ini. Selang beberapa lama kemudian, kanak-kanak itu pun berhasil diselamatkan.

Read more ►

PRU13 Pas layak dipilih Melayu

0 komentar
Wartawan Sinar Harian
26 Disember 2012
Abu Bakar Abdullah
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah
KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Abu Bakar Abdullah menyifatkan hanya Pas sahaja yang selayaknya dipilih orang Islam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam berteraskan al-Quran, hadis, ijmak dan kias dengan menjunjung kepimpinan ulama amat bertepatan dengan pilihan masyarakat Islam yang dianuti majoriti orang Melayu di negara ini.

Beliau berkata, bagi yang memahami perkara tersebut, orang Melayu sudah pasti menganggap tiada pilihan lain selain Pas.

“Orang Melayu tiada pilihan lain melainkan memilih perjuangan Pas yang berlandaskan Islam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, beliau turut bersetuju dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan terus menentang Umno dan menyifatkan orang Melayu yang menyokong parti itu sebagai mungkar. 

Menurutnya, kemungkaran itu berbeza dengan orang Melayu yang memilih PKR dan DAP dan mengaitkannya dengan kerjasama politik atau tahalluf siyasi.

“Dalam konteks tahalluf, yang ada tahalluf dengan Pas iaitu DAP dan PKR, kita berbeza tentang kemungkaran, kezaliman,” katanya.

Mengulas lanjut Abu Bakar berkata, Umno turut melakukan kemungkaran apabila tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Walaupun pimpinan Umno mengatakan mereka tidak menolak perundangan Islam, beliau menganggap tiada beza jika tidak melaksanakannya.

“Di Terengganu masa Pas memerintah dan kita bentang untuk pinda undang-undang di Terengganu berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak dan kias dengan membentangkan lapan enakmen dalam Dun, yang bersetuju hanya Adun Pas sahaja, Umno dan BN tidak setuju.

“Ini adalah contoh yang boleh diambil dan saya sangat setuju dengan kenyataan Mursyidul Am,” katanya.

Beliau menegaskan, sekiranya rakyat mahu memastikan ketuanan Melayu dan Islam bertambah kuat, mereka perlu membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, tidak timbul isu hilang kuasa dan pengaruh Melayu kerana ia bukti sedia ada boleh dilihat di negeri yang ditadbir Pas di Kelantan dan Kedah.
Read more ►

Sabtu, 28 Desember 2013

PPPM Soal Pendidikan Bukan Politik Kata TPM

0 komentar

LONDON – Langkah meningkatkan tempoh masa pembelajaran subjek Bahasa Malaysia (BM) daripada 180 minit kepada 240 minit seminggu di semua sekolah vernakular adalah hasil kajian dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan itu tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya adalah agenda pendidikan yang dirumus oleh pakar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata langkah itu dikemuka kerana kementerian tidak mahu melihat murid sekolah vernakular mengikuti pembelajaran subjek BM pada tahap teramat rendah berbanding pelajar sekolah kebangsaan.

“Kementerian tidak membuat keputusan dengan sewenang-wenangnya hanya untuk menguatkuasakan ia semata-mata. Ini soal pendidikan, bukan politik. Saya bukan pakar pengajar, bukan menteri yang menyimpulkan berapa tempoh masa paling sesuai untuk sesi itu, tapi pakar pengajar yang merumuskannya,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Muhyiddin yang berada di sini dalam rangka lawatan kerja lima hari ke United Kingdom (UK), berkata beliau membangkitkan perkara itu susulan kritikan sesetengah pihak.

Lanjutan tempoh masa pembelajaran subjek BM di sekolah vernakular adalah antara ketetapan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancar oleh Muhyiddin di Kuala Lumpur, minggu lepas.

Ditanya mengenai perbuatan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang masih mengkritik PPPM, Muhyiddin berkata beliau tidak mahu mengulas setiap perkara yang dibangkitkan oleh persatuan itu. Ini kerana katanya Dong Zong akan terus mengkritik.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata sejak dilancarkan, PPPM menerima banyak maklum balas termasuk menerusi kira-kira 55,000 khidmat pesanan ringkas (SMS) yang rata-rata mahu melihat kejayaan sistem pendidikan negara.

Ada juga pihak yang mahu Kementerian Pendidikan melibatkan mereka secara berterusan bagi mendapat maklumat terkini mengenai perkembangan pelan induk pendidikan negara itu, katanya.

Muhyiddin berkata, kementerian tidak mempunyai masalah berhubung penglibatan pihak berkenaan dalam PPPM, namun sewajarnya kementerian itu juga diberi peluang menjelaskan secara terperinci pelan tersebut mengikut fasa yang ditetapkan.

Beliau sebelum itu menghadiri ‘Forum Merdeka 2013: 56 Years of Merdeka, Road to 2020′ anjuran pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di UK.

Kira-kira 300 hadirin mendengar buah fikiran anggota panel forum iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Prof Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki, mengenai sejarah, isu semasa dan masa depan negara.

Muhyiddin turut menyampaikan syarahan di samping menjawab pelbagai soalan daripada hadirin yang kebanyakan berkisar mengenai semangat patriotisme.

Forum itu merupakan program terakhir dalam atur cara lawatan kerja lima hari Muhyiddin ke UK. – BERNAMA
Read more ►

Tiada bukti pejuang Moro juga akan serang Sabah

0 komentar

  • Malaysiakini  Mac 5 2013
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan bahawa pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mungkin membantu menentang pasukan keselamatan Malaysia yang melancarkan operasi terhadap Tentera Diraja Sulu di Lahad Datu, Sabah.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat di Lahad Datu petang tadi, Zahid berkata perkara itu tidak perlu dilayan kerana tiada bukti mengenainya.

Bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Acmad Bayam mendakwa dalam laporan media Filipina bahawa bekas komander MNLF yang menetap di Sabah selama beberapa dekad, akan membantu penceroboh Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Acmad juga mendakwa wujudnya simpanan senjata di Sabah yang mereka akan ambil untuk tujuan ini.

Zahid berkata pasukan keselamatan sedang menumpukan pada Kampung Tanduo sekarang, tetapi akan bertindak segera jika terdapat maklumat mengenai pencerobohan lain.

"Jika ada tempat-tempat kita dengar ada pencerobohan, angkatan tentera dan polis sentiasa bersedia," katanya.

Misuari nafi dakwaan

InterAksyon.com, portal berita dalam talian TV5 di Filipina, hari ini memetik MNLF pengasas Nur Misuari sebagai menafikan terbabit dalam percubaan kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah dengan menghantar lebih daripada 200 pengikutnya ke negeri itu.

NONEMisuari, yang mengunjungi Sultant Sulu Jamalul Kiram III di kediamannya Kampung Maharlika di Taguig City, berkata cakap-cakap mengenai penglibatannya "semuanya adalah spekulasi liar".

Sementara Misuari mengakui bahawa sesetengah daripada kalangan penceroboh bersenjata di Sabah adalah "pejuang kebebasan," MNLF, tetapi beliau berkata penglibatan mereka adalah tanpa pengetahuannya.

Pada hari Isnin, Presiden Benigno Aquino mendakwa terdapat "konspirasi" di belakang pencerobohan pengikut kesultanan Sulu dan berikrar untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Aquino mengakui beliau tidak mempunyai bukti yang cukup lagi untuk menyebut nama-nama.
Read more ►

Jumat, 27 Desember 2013

WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH GOD CHOSEN PARTY

0 komentar
 FB 
WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"  Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.  Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
WANG PAMPASAN MANGSA TRAGEDI DITELAN OLEH "GOD CHOSEN PARTY"

Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilio
n untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.
Read more ►

Azam Pitt Bertunang 3 November Depan

0 komentar

KUALA LUMPUR – Pelakon Azam Pitt mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan teman wanita yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu pada 3 November depan.

Azam, 27, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana sudah bersedia untuk berumah tangga selain yakin wanita berkenaan adalah pilihannya yang tepat.

“Kami sudah bercinta selama tujuh tahun dan sudah tiba masanya hubungan kami melangkah ke tahap seterusnya.

“Dia juga sangat memahami saya dan sentiasa menyokong saya semasa susah dan senang. Dia adalah pelengkap hidup saya,” katanya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis pra tonton dan sidang media drama Cahaya Cinta dan Langit Yang Sama di Angkasapuri, di sini pada Rabu.

Azam memberitahu majlis pertunangan itu bakal berlangsung di kediaman keluarga wanita berusia 24 tahun itu di Kota Samarahan, Sarawak.

Dalam perkembangan sama, Azam menolak tanggapan dia ingin bertunang kerana mahu menutup gosip yang mengatakan dirinya seorang gay.

Jelas Azam, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain kerana apa yang lebih penting bakal tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak tahu niat baik mereka.

“Perkahwinan bukan perkara main-main yang boleh dipersendakan dan jujurnya saya tidak pernah berfikir tentang tohmahan itu kerana saya lebih mengenali siapa diri saya,” jelasnya.

Bagaimanapun Azam tidak menafikan gosip berkenaan pernah membuatkan berlakunya salah faham di antara mereka.

“Kami sudah bercinta sebelum saya bergelar artis lagi dan apabila gosip sedemikian timbul sudah tentu dia susah hati.

“Namun saya kagumi sifatnya yang tidak cepat mudah melatah dan menerima penjelasan saya tentang khabar angin itu,” tuturnya.

Sementara itu, Azam tidak menafikan gosip berkenaan telah memberikan kesan buruk kepada kerjayanya apabila tawaran berlakon dari stesen televisyen swasta semakin berkurangan.

Bagaimanapun kata Azam, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus tabah dan mengejar cita-citanya dalam bidang lakonan.

Dalam perkembangan lain, Azam berkata selain bakal muncul dengan drama Cahaya Cinta, dia juga baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Ana Aku Aiman, Tika Kau Tiada dan Khilaf Kelmarin untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama Cahaya Cinta dan Langit Yang Sama diterbitkan bersempena Hari Malaysia pada 16 September ini.

Cahaya Cinta akan disiarkan pada pukul 2 petang di TV1 manakala Langit Yang Sama pada pukul 3.30 petang di TV2. – mStar Online
Read more ►

Kamis, 26 Desember 2013

12 12 12 Krisdayanti Akan Jalani Operasi Sesar Hari Ini

0 komentar


[imagetag]JAKARTA—Krisdayanti bakal menandai hari istimewa yang unik hari ini, 12.12.12 dengan melahirkan anak kedua dari pernikahannya dengan Raul Lemos melalui operasi caesar.





Rencana kelahiran sang diva ini mencuat di Twitter. "Morning 12-12-12… Semoga lancar utk operasi Caesar-nya Krisdayanti" @babansarbana.





"Krisdayanti perlengkapan baby nya hampir smua mirip punya zacky.. mothercare you make them all look the same hahahaha" @YanniUloli.





"Selamat tanggal 121212 dan selamat melahirkan anaknya krisdayanti" @Denny_Pramana.(JIBI/yri)

#bcfda5


Read more ►

Tikus Dalam Burger Sandwich

0 komentar

LONDON: Apabila seorang ibu dua anak menggigit sandwic ayam yang dicampur dengan bakon dan salad yang dibeli dari sebuah pasar raya Tesco, dia menelan sesuatu yang tidak dijangkanya.

Katie Crabtree terkejut mendapati binatang berbulu, seekor tikus, di dalam snek prabungkus yang dibelinya dari rangkaian pasaraya itu di Stockport.

Wanita berusia 31 tahun itu hanya ternampak ‘objek berbulu itu’ selepas memakan separuh daripadanya dengan menyangka ia bakon salai yang hangus. 

“Saya menggigitnya dan melihat benda hitam di dalamnya. Saya menyangka ia bakon salai dan menelannya.“Kemudian saya melihat sesuatu yang buruk dalam sandwic itu. Ia berwarna hitam dan berbulu. Saya juga melihat kakinya. Ia sungguh dahsyat,” katanya.Katie berkata, penemuan mengejutkannya itu membuatnya tidak selesa.“Saya tidak boleh lagi makan sandwic bungkus kerana ia akan mengingatkan saya kepada peristiwa itu,” katanya.

Dia menuduh pasar raya berkenaan tidak menghiraukannya selepas mengadu hal itu kepada pasar raya terbabit dan ibu pejabatnya.“Saya menghubungi pasar raya berkenaan dan ibu pejabatnya tetapi tidak ada orang yang tahu mengenai kejadian itu,” katanya.“Mereka akhirnya memberi saya baucar £10 (RM50).“Saya berpendapat mereka tidak mempedulikan saya.

Mereka sepatutnya menyiasat kejadian dan membuat tindakan selanjutnya,” kata Katie.Tesco menghantar wanita itu surat permohonan maaf dan berkata, ia akan menyiasat, di samping menawarkan pampasan sebanyak £10.


Read more ►

Pengisytiharan harta mungkin membahayakan keselamatan calon kata ahli parlimen BN

0 komentar

December 23, 2012
Ong berkata pengisytiharan harta juga dilakukan dalam MCA sendiri. – Gambar fail
KUALA LUMPUR, 23 Dis—Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional (BN) berkata pengisytiharan harta secara terbuka oleh calon pilihan raya mungkin membahayakan keselamatan mereka, dengan menjangkakan pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah negara.

Ahli parlimen BN mengatakan calon boleh dipastikan bersih dengan mengisytiharkan harta kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga ditapis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Najib, yang juga pengerusi BN berkata calon dari gabungan partinya akan ditapis oleh SPRM - pengumuman yang dikatakan oleh seteru politiknya di Pakatan Rakyat (PR) sebagai publisiti semata-mata.

Sesetengah ahli parlimen PR hari ini dilaporkan mangatakan jika calon BN mengisytiharkan harta secara terbuka mereka akan dilihat lebih berkredibiliti, dan berkata tugas SPRM untuk menghapuskan rasuah, dan bukan menapis calon pilihan raya dengan rekod kewangan meragukan.

Tetapi Datuk Abdul Rahman Dahlan dari Umno berkata, pengisytiharan harta tidak perlu dilakukan secara terbuka, kerana harta bersifat peribadi, dan keselamatan bagi mereka yang mewakili rakyat juga perlu dijaga.
“Bagi saya, harta ini personal (bersifat peribadi). Jadi bagi saya memadailah kalau isytihar harta kepada Perdana Menteri. Takkan kita nak canang semua harta kita kepada seluruh rakyat? Kita kena fikirkan keselamatan wakil rakyat itu sendiri,” kata ahli parlimen Kota Belud itu.
 selengkapnya
Read more ►

Rabu, 25 Desember 2013

Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz

0 komentar

Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz
Shila Mohon Maaf Cium Tangan Sharnaaz - PETALING JAYA : Penyanyi Shila Amzah memohon maaf kepada peminat kerana tindakan spontannya mencium tangan kekasihnya pelakon Sharnaaz Ahmad ketika namanya diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menerusi Patah Seribu pada Anugerah IndustriMuzik (AIM) ke-19, malam Sabtu lalu.
Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 22, berkata, tindakan itu dilakukan secara tidak sengaja lebih-lebih lagi pada ketika itu dia berada di samping orang yang disayanginya apabila pengumuman dibuat.
“Saya ingin meminta maaf atas kekhilafan saya itu. Ketika itu saya terlalu teruja dan pengumuman itu dibuat ketika saya berda di samping orang yanh saya sayang.
“Ia merupakan satu pengajaran buat saya dan saya bukanlah seorang yang sempurna,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.
Pada AIM19 yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati, Shah Alam itu, aksi Shila mencium tangan Sharnaaz selepas diumumkan sebagai pemenang Lagu Terbaik menimbulkan perasaan kurang senang pada khalayak.
Peminat Shila melahirkan rasa kekecewaan di Facebook dan Twitter kerana perbuatan itu dianggap telah melanggar batasan sebagai wanita Muslim yang bertudung.
Patah Seribu yang juga merupakan pemenang bagi kategori Lagu Pop Terbaik telah menewaskan 5 lagu lain iaitu Counting Days (Jaclyn Victor), Aku Maafkan Kamu (Malique & Jamal Abdillah), Idola (Azlan & The Typewritter), Doa (Nora) dan Kuasa Cinta (Noraniza Idris).
Tambah Shila, dia juga ingin menjelaskan kepada mana-mana pihak tentang ucapannya yang pertama kali memenangi anugerah di negara ini.
“Apabila saya kata tak pernah menang apa-apa dalam negara sendiri, itu bermaksud tentang karier solo saya.
“Memang saya ada menang anugerah tapi ia menerusi 3 Suara bersama-sama dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor. Saya sangat bersyukur dengan pengiktirafan tersebut.
“Saya harap tidak ada lagi yang salah faham dengan kenyataan tersebut,” tuturnya.
Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis AIM, Shila berkata, dia bersyukur dan berbangga dengan penantian 12 tahun sepanjang berada di bidang seni muzik berbaloi lebih-lebih lagi apabila lagu yang diiktiraf itu merupakan hasil ciptaannya sendiri.
“Alhamdulillah, ini adalah rezeki Allah berikan pada saya. Walaupun tidak pernah diiktiraf selama ini, saya tidak tidak pernah kecewa, tetapi ia mungkin satu pengajaran bahawa apa yang saya tampilkan selama ini belum cukup kuat.
“Tetapi dalam hati ada juga terfikir dan bertanya sendirian bilalah masanya untuk saya mencapai kejayaan seperti rakan-rakan seperjuangan lain. Bagaimanapun saya simpan sahaja perasaan itu dan mengharapkan kemenangan itu berpihak pada saya pula, dan saat itu akhirnya dapat dirasa.
“Terus-terang saya sendiri tidak jangka Patah Seribu dapat diiktiraf ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia dihasilkan dalam masa 20 minit sahaja,” ujarnya. – mStar Online
Read more ►

Allahu Rabbi Kisah Benar Balasan Serta Merta Oleh Allah

0 komentar


Allahu Rabbi - Kisah Benar Balasan Serta Merta Oleh Allah | Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, anda digalakan membaca serta menghayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir.

Semoga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan. Insyaallah....

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

"Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini. SUMBER

Read more ►

Selasa, 24 Desember 2013

Pendiri Kampus Pertama Di Dunia Ternyata Wanita

0 komentar


Dunia boleh terpana dengan kewibawaan kampus-kampus besar di dunia seperti Harvard, Oxford,  atau Al Azhar. Kini mereka menjadi kampus populer di seantero jagad. Yang perlu diingat, bukan dari merekalah pendidikan tinggi bermula. Mereka memang termasuk kampus-kampus tua di dunia, tapi bukanlah kampus yang pertama.

Menurut collegestats.org, kampus yang pertama kali didirikan di dunia ini adalah Universitas Al Karaouine. Kampus ini berdiri tahun 859 di kota Fes, Maroko. Pendirinya seorang wanita bernama Fatima Al Fihri. Dia mulanya mendirikan perguruan tinggi ini untuk mengajarkan ilmu-ilmu alam. Fatima adalah anak saudagar kaya bernama Mohammed Al Fihri.

Keluarga ini aslinya berasal dari Tunisia yang kemudian hijrah ke Fes di awal abad ke-9. Fatima bersama saudara perempuannya bernama Maryam memiliki banyak uang dari bisnis orang tuanya. Uang itu kemudian mereka manfaatkan untuk memberdayakan masjid-masjid, hingga akhirnya terpikir untuk mendirikan kampus tersebut.

Guiness Book of World Records telah mencatat kampus ini sebagai kampus tertua di dunia. Banyak sudah ilmuwan terkemuka yang lulus dari universitas tersebut. Di antara ilmuwan terkemuka itu terdapat beberapa nama seperti  Ibn Rushayd Al-Sabti (wafat 1321), Mohammed Ibn Al-Hajj Al-Abdari Al-Fasi (wafat 1336), Abu Imran Al-Fasi (wafat 1015), dan beberapa tokoh lain. Tak hanya tokoh Islam, sebagian tokoh Yahudi juga pernah kuliah di kampus ini. 

Universitas ini tercatat lebih tua dibanding Universitas Al Azhar, Kairo, Mesir. Situs tersebut mencatat, Universitas Al Azhar didirikan tahun 970-972.

Read more ►

Kristian Sarawak tetap guna kalimah Allah dalam Injil penerbitan gereja

0 komentar
OLEH DESMOND DAVIDSON October 14, 2013  
Penganut Kristian Sarawak tetap dengan pendirian untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bahasa Melayu daninjil bahasa tempatan serta dalam penerbitan gereja walaupun Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan sebaliknya, kata Menteri Pembangunan Tanah negeri Tan Sri Dr James Masing.

Masing menyifatkan keputusan penghakiman tersebut sebagai "tidak asli" kerana asas penggunaan kalimah Allah wujud sebelum kedatangan Islam, serta menegaskan keputusan mahkamah itu akan memberi kesan negatif kepada bukan Muslim bukan hanya di Sabah dan Sarawak.
"Kami (Kristian di Sabah dan Saraawak) telah menggunakan kalimah Allah sejak 100 tahun dahulu. Kenapa tiba-tiba kami tidak boleh gunakannya?

 "Adakah mereka (Muslim) mempunyai mimpi mengatakan penganut Krisitian tidak boleh menggunakan kalimah Allah?" soal beliau.
"Rakan-rakan Muslim kami (di Sabah dan Sarawak) tidak pertikai kami gunakannya," katanya.
Masing juga mengingatkan penganut Kristian di Sarawak bahawa Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada masa lalu telah menekankan isu tersebut dan memberi jaminan tidak akan menghalang mereka daripada menggunakan kalimah suci itu.
Ketua PKR Sarawak Baru Bian melahirkan rasa terkejut dengan keputusan itu, namun menegaskan pihak gereja dan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus menggunakan kalimah Allah.
"Saya terkejut dengan keputusan itu.

"Kami telah memberi fakta jelas kami telah dijanjikan dengan jaminan oleh nenek moyang dimana Sabah dan Sarawak membantu membentuk Malaysia.
"Keputusan ini bertentangan dengan hak asasi yang telah dijanjikan. Keputusan ini sangat jelas bertentangan dengan perjanjian itu (Malaysia)," ujarnya.
Baru, yang selama sedekad pernah memimpin Gereja Evangelical Kuching selama sebelum menceburi politik, menegaskan keputusan tersebut bertentangan dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan individu untuk menganut dan menyebarkan agama kepercayaan mereka.

Baru juga percaya pihak gereja Katolik akan merayu keputusan yang diumum hari ini, dan merayu penganut Kristian, yang merupakan majoriti di kedua-dua negeri, untuk bertenang dan "melihat keseluruhan isu secara rasional".
"Pasti ada rayuan kepada Mahkamah Persekutuan agar keputusan tersebut tidak muktamad."
Namun, gereja-gereja Kristian dibawah payung Persatuan Gereja di Sarawak tidak membuat sebarang kenyataan sehingga mereka mempunyai maklumat lanjut keputusan mahkamah tersebut.
"Kita perlu berunding dengan gereja-gereja yang lain terlebih dahulu," kata setiausaha agungnya Ambrose Linang, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pengerusi persatuan itu Datuk Bolly Lapok pada Sabtu lalu berkata mereka "benar-benar tidak boleh diterima sekiranya amalan biasa bagi orang Kristian di Sabah dan Sarawak untuk generasi, lebih daripada 100 tahun sebelum cadangan untuk bersama Malaysia, kini dianggap sebagai menyalahi undang-undang oleh kerajaan".

Beliau berkata halangan daripada menggunakan kalimah Allah dalam amalan agama mereka adalah sama seperti membendung kebebasan beragama.
Di luar mahkamah hari ini, naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata Al-Kitab, iaitu versi Bahasa Malaysia kitab Injil, boleh terus diedarkan di Malaysia.

Namun beliau mahu kitab tersebut supaya tidak menggunakan 32 istilah, termasuk "Allah", yang dilarang kepada bukan Islam melalui enakmen Islam di beberapa negeri.
"Saya tidak mempunyai masalah jika mereka mahu menerbitkan Al Kitab tanpa istilah bukan saja Allah, tetapi 32 perkataan dalam Enakmen Jenayah Syariah," kata Zulkifli kepada pemberita selepas pengumuman keputusan itu.

Bekas timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa berkata, keputusan Mahkamah Rayuan menunjukkan dengan jelas bahawa perkataan "Allah" adalah eksklusif untuk umat Islam.
"Jadi, semua orang perlu berpegang kepada keputusan itu," kata Nasharuddin kepada pemberita.
 
 - 14  Oktober, 2013.
The Malaysian Insider
Read more ►
 

Copyright © Rene blog's Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger