Selasa, 11 Maret 2014

Tak Boleh Berlakon Menangis Pengarah Tolak Kepala Artis ke Tembok

0 komentar

Di dunia maya, beredar sebuah video yang menunjukkan “behind the scene” sebuah serial. Ini bukan behind the scene resmi, melainkan rakaman ketika seorang pengarah  menganiaya secara fisikal artis yang diarahkannya.

Tak Bisa Akting Menangis, Sutradara Benturkan Kepala Artis ke Tembok
Go Klik-Info, SEBAL ketika pemain tak boleh  memberikan lakunan yang menghayati, seorang pengarah   tega hantuk kepala artisnya ke dinding.

Isu penganiayaan melanda industri hiburan Hong Kong. Di dunia maya, beredar sebuah video yang menunjukkan “behind the scene” sebuah serial. Ini bukan behind the scene resmi, melainkan rakaman saat seorang pengarah menganiaya secara fisik artis yang diarahkannya.

Gary Cheung, sutradara serial TV Hong Kong, sebal kerana artis Jenny Lau yang ia arahkan tak boleh memberikan ekspresi menangis yang baik. Akibatnya, sampai 2 jam berlalu pengambilan gambar adegan tersebut belum selesai.

Gary tiba-tiba menghampiri Jenny dan membungkus kepala gadis itu dengan beg plastik. Ia menolak Jenny sampai kepala perempuan itu membentur tembok. Jenny lalu menangis, dia terlihat malu dan merasa tidak nyaman. Konon, beg plastik itu bekas bungkus katak. Tak terbayang seperti apa baunya.

Louise Lee, aktris senior yang terlibat shooting serial yang sama, berusaha menghentikan Gary. Tapi sutradara TVB itu malah menyuruhnya untuk tak ikut campur.

Laman Maydaily, Selasa menyebut Gary kesal kerana Jenny tak boleh menunjukkan mimik syok, sambil menangis dan berteriak, dalam sebuah adegan.

Entah kerana takut kehilangan kontrak atau apa, dalam pernyataan resminya Jenny malah membela tindakan Gary.

“Aku tidak merasa tak nyaman. Senang mendapat kesempatan ini, kerana semua orang memikirkan aku. Gary melakukan ini untuk kebaikan serial kami… Untuk mendapat tinjauan yang benar,” komentar Jenny.[plasa.msn.com/Go Klik-Info]

Sumber : http://goklik-info.blogspot.com
Read more ►

Senin, 30 Desember 2013

Intan Ladyana Artis Kena Fahami Kontrak

0 komentar

Cerita ini masih lagi berkaitan mengenai kisah perkahwinan rahsia di antara pasangan pelakon muda, Aeril Zafrel, 25, dan Wawa Zainal, 21, yang dikatakan tidak menghebahkan perkara itu kerana takut dengan syarat kontrak syarikat pengurusannya.

Menurut seorang lagi artis di bawah syarikat pengurusan MIG, Intan Ladyana yang terbuka bercerita hubungannya dengan pelakon Kamal Adli, artis yang menandatangani kontrak itu perlulah memahami syarat-syarat yang terkandung terlebih dahulu.

“Sewaktu kami mula bercinta, memanglah rasa bimbang dengan reaksi pihak pengurusan. Namun, saya mengambil langkah untuk berterus-terang. Berlaku jujurlah dengan mereka, duduk berbincang elok-elok dan ceritakan situasi sebenar. David adalah seorang yang sangat memahami,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Intan, 31, juga tidak menganggap kontrak yang melarang artis daripada bercinta sebagai sesuatu yang menyusahkan.

Sebaliknya, Intan menganggap kontrak tersebut wujud adalah untuk menjaga reputasi artis itu sendiri.

“Nasihat saya kita kenalah faham betul-betul maksud kontrak itu. Kalau tak faham, tanya. Pihak pengurusan pun kenalah beri penerangan dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan,” ulasnya lagi.

Oleh: AUDREY LEE
Read more ►
 

Copyright © Rene blog's Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger