![](http://1.bp.blogspot.com/-TdIMzsI2ACw/Uhc8BeeaieI/AAAAAAAACUo/B-szP115QMU/s320/ne_05.1.jpg)
KAJANG – Jabatan Penjara mengesahkan bekas tertuduh kes pumbunuhan Altantuya Shaaribu, Cif Inspektor Azilah Hadri telah dibebaskan daripada Penjara Kajang.
Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli OmarKetika dihubungi pemberita, Zulkifli menyatakan Azilah telah keluar daripada penjara pada jam 11.45 pagi.
“Dari mahkamah tadi, dia terus ke Penjara Kajang.
“Selepas proses dokumentasi lebih kurang pukul 11.45 pagi, dia dibebaskan,” jelas Zulkifli ketika dihubungi pemberita sebentar tadi.
Wakil media cetak dan elektronik yang menunggu di perkarangan Kompleks Penjara Kajang dari jam 11 pagi gagal untuk menemubual Azilah berkenaan pembebasannya.
Berita lanjut menyusul.
Oleh: HARITS ASYRAF & RIZA RAZAK
0 komentar:
Posting Komentar